Rabu, 29 Disember 2010

Salam Tahun 2011

Tak lama lagi akan menjenguk fajar 2011. Tahun berkalih tahun. Diam tak diam, tahun 2010 pasti meninggalkan kita. Meninggalkan kita dengan seribu macam persoalan dan pahit manis.

yang manis ialah kejayaan yang dicapai oleh pelajar-pelajar PMR tahun 2010. Sasaran mengena. Lonjakan saujana. Daripada seramai 126 orang calon, 115 orang calon lulus. Seramai enam orang mendapat 8A, dan banyak juga yang mendapat 7A,1B, 6A, 2B dan sebagainya.

Tak lupa, kepada yang tiada A, atau tak banyak A, anda juga berjaya sebenarnya. Tuah tidak menyebelahi anda. Anda boleh berjaya jika anda berusaha. Bulan bintang di langit boleh dicapai jika kita mahu. Seperti yang pernah saya katakan kepada anda, kejayaan hakiki bukan bergantung pada berapa A yang anda peroleh, tetapi perubahan sikap yang penting. Sikap ingin berjaya dan maju. jutawan yang kita kenal dewasa ini, bukan lahir sebagai insan cerdas. Mereka tidak cemerlang semasa bersekolah. Tapi berkat usaha gigih akhirnya mereka muncul sebagai manusia yang berjaya.

Sekian untuk kali ini.