Ahad, 30 Januari 2011

SAYA OK, AWAK TAK OK

Dalam kelas Tingkatan 5

Awal tahun Persekolahan 2011
Bil. pelajar : 34 orang
Status pelajar : GALUS

Guru : mana buku latihan tatabahasa?
Pelajar: Belum beli
Guru :Bila nak beli? sekarang dah masuk bulan Februari.
Pelajar : Bapa tak bagi duit
Guru: Kalau tak ada buku tatabahasa, keluarkan buku pemahaman.
Pelajar: Tak bawa, cikgu
Guru: Mana hilangnya?
Pelajar: (terdiam). Semalam letak dalam meja. pagi ni dah tak ada.
Guru : siapa yang salah?
pelajar : (terdiam)

Rumusan
Pelajar : saya ok, tetapi ayah saya tak ok kerana tak bagi duit beli buku
Pelajar : saya ok, tetapi meja tak ok kerana tak jaga buku saya.

SAYA OK, AWAK TAK OK

Pelajar bermasalah sering menyalahkan orang lain atau pihak lain.
Situasi 1:

dalam kelas:
Pelajaran: Bahasa Melayu
Topik : Karangan

Guru : mana buku
Pelajar : tertinggal. (garu kepala)
Guru : kenapa ?
Pelajar : tak tau la cikgu. malam tadi saya letak tas meja. lepas tu, masuk dalam beg
Guru: mana bukunya?
Pelajar : pagi ni dalam befg tak ada
Guru : betul ke?
Pelajar : betul, cikgu

Kesimpulannya: Pelajar ini menyalahkan beg hingga menyebabkan bukunya tertinggal

CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN

1. Penampilan Fizikal
- Muka selekeh dan tidak ceria
- gigi kuning tak gosok(tak sempat gosok)
- kasut hitam dan berlumut
- kolar baju berdaki
- Bau hapak (tak mandi pagi)
- mata merah (tak cukup tidur)
- Tiada lencana sekolah
- Tiada tanda nama

2. Beg sekolah? hanya ada sebatang pen atau pensel. Buku? Tinggal dalam meja di kelas.
3. Kerap lewat ke sekolah
4. Kerap ke tandas - bukan buang air tetapi bersikat dan melawa
5. Masa guru mengajar - dia tidur (macam-macam alasan diberikan)
6. Buat kacau - bising, ganggu rakan, provokasi,
7. Tak dengar arahan guru.
8. Ponteng kelas - ke tandas, tawaf sekolah, ke kantin, menyorok belakang sekolah/stor
9. Melawan guru/derhaka pada guru
10. Kerap menyalahkan orang lain.

Sabtu, 29 Januari 2011

LEE KUAN YEW, OH LEE KUAN YEW

Berita Harian29 Januari 2011 - Kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (LKY)bahawa orang Melayu tidak harus terlalu berpegang kuat pada ajaran agama islam bagi membolehkan pelan integrasi masyarakat dilaksanakan amat mengejutkan dan tidak dapat diterima akal. Persoalannya, Apakah LKY faham tentang agama Islam dan nilai-nilai yang dipegang oleh masyarakat Islam? Apakah dengan mematuhi agama Islam, pelan integrasi masyarakat tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya?

Pada pendapat penulis, LKY perlu sedar dan faham bahawa keharmonian hidup masyarakat boleh terbina dengan kukuh tanpa meminggirkan aspek agama. Masyarakat Islam yang berpegang pada agama Islam tidak pernah meminggirkan toleransi antara kaum bagi memupuk integrasi kaum. Cumu orang yang nyanyuk dan tidak faham tentang Islam sahaja yang berani mengatakan bahawa Islam sebagai tidak membawa kemajuan dan perpaduan. Penulis berharap, LKY mengkaji Islam dengan ikhlas. Islam adalah agama dan petunjuk ke jalan yang lurus dan benar.