Sabtu, 19 Februari 2011

Akhirnya kau mengerti jua

Entah mengapa bila aku tengok wajahnya aku begitu geram. meruap darah aku. Dengan wajah selamba dia melarikan diri bila aku memanggil namanya. "Bukan dia tak dengar". getus hati kecilku. Suaraku kuat dan dapat didengar oleh pelajar yang berhampiran dengannya. tapi aku tahu, pelajar tu memang perangai macam tu.
Pagi itu, Zahid datang seperti biasa ke sekolah. Dia dipanggil oleh guru disiplin di pintu pagar sekolah. itulah kebiasaannya. Datang lewat. Mata merah kerana tak cukup tidur. Itulah alasannya bila ditegur. Bajunya itulah satu-satunya baju sekolahnya. kasut sudah agak lusuh. berlubang di sana sini.
Minggu lepas aku dan Cikgu Puad bertandang ke rumahnya. Walaupun tanpa diundang tapi aku memberanikan diri menjenguk Zahid. Sudah beberapa hari dia tak datang sekolah. Kawan-kawannya mengatakan Zahid sakit. Ada yang kata Zahid kerja sampingan bantu ibu bapanya yang susah. Tersentuh hatiku bila melihat rumah Zahid. Keadaan rumah yang dhaif, tidak terurus. Dinding rumah yang diperbuat daripada papan berlubang-lubang. Rumah sudah agak usang lantaran sudah lama tidak dicat.
Pagi itu, aku berpeluang melihat keadaan sebenar Zahid. Setelah memberi salam dan memperkenalkan diri, kami dijemput naik. Suasana rumah agak sepi. sesekali terdengar bunyi kokokan ayam di belakng rumah. Puas aku meliar pandang di dalam rumah, tapi tak kelihatan wajah Zahid. Mungkin dia malu dengan kami.

Kedatangan kami disambut dengan wajah muram mak Bibah. Perempuan berwajah mendung lingkungan usia emas ibuku memulakan perbualan. Katanya, sejak suaminya meninggal dunia Zahid semakin liar dan sukar dikawal. Segala nasihat dianggap suatu beban yang mengongkong langkahnya. Aku hanya mendengar dengan penuh simpati. Dari dalam rumah terdengar suara tangisan anak kecil seolah-olah minta makanan.
"Zahid dah 2 bulan tak datang sekolah. Pihak sekolah berharap Zahid datang ke sekolah. lagipun SPM dah semakin dekat," Puad memulakan bicara. Kalau dia masih berdegil kemungkinan namanya akan dipotong.
Mendengar penjelasan Puad, perempuan tua itu tidak berkata apa-apa. Hanya menggeleng-gelengkan kepala. "Tak tau lah cikgu. Dah berbuih mulut makcik bercakap, tak didengarnya. Terpulanglah pada cikgu, nak buang ke, nak apa ke, buatlah apa yang patut. mak cik dah mati akal dengan Si Zahid tu".

hari ini, Zahid datang dengan wajah yang sama. Dia ditahan bersama-sama beberapa orang rakan. Setelah mencatat nama pelajar yang lewat, Zahid dan rakan-rakannya dipanggil dan disoal. Sudah lama aku perhatikan Zahid. Dialah yang sering datang lewat. Dialah juga yang buat kacau semasa guru mengajar. Sering bising dan tidak mahu buat latihan. Apabila disoal mengapa tidak buat kerja, jawabnya mudah sahaja. Tak bawa buku atau lupa bawa buku. Aku hanya memerhatikan dari jauh cikgu disiplin menyoal siasat pelajar yang lewat. Aku yakin Zahid akan dikenakan tindakan keras kerana kes semalam. Kes semalam menyebabkan aku naik angin dan hampir menyebabkan aku hilang kawalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan