Selasa, 8 Februari 2011

BEBAN TUGAS GURU

ASSALAMUALAIKUM.... DAN SALAM SEJAHTERA

Akhbar : Utusan Malaysia
Tarikh : 8 Februari 2011(Selasa)
Ruangan : Forum
Tajuk : Beban Tugas Guru (begitulah lebih kurang bunyinya)
Penulis : Saya dah lupa (Sila rujuk akhbar berkenaan jika berminat)

Penulis berkenaan menyatakan bahawa tiada bukti empirikal untuk menyokong tahap beban tugas guru di sekolah. Menurut beliau, guru-guru terbeban kerana beberapa sebab:
1. Banyak terbabit tugas sampingan seperti terlibat dalam perniagaan jualan langsung seperti kain tudung, kain batik, dan aneka kain lagi
2. bagi ustaz atau yang seperti dengannya, banyak memberikan ceramah atau menghadiri ceramah dan ini tentu menjejaskan tugas hakiki di sekolah kerana kepenatan dan sebagainya.
3. Bagi guru pula, banyak yang terlibat dalam program luar seperti persatuan, sukan bersifat peribadi(cth: tenis, badminton dll). Apabila banyak terlibat tentu keletihan dan menjejaskan tugas hakiki. katanya lagi, guru banyak terbabit dalam ceramah motivasi, ceramah peningkatan akademik di sekolah luar tetapi sekolah sendiri terabai.
Kesimpulannya, kata penulis itu, guru-guru sendiri yang cari masalah hingga beban tugas di sekolah menjadi berat.
Sambung penulis itu lagi, tugas guru seperti menyemak buku latihan dan menyediakan soalan dan latihan merupakan tugas hakiki guru di sekolah.

KOMEN:

Saya sendiri tak pasti apakah motif penulis berkenaan menulis artikel yang menyentuh kredibiliti guru. Adakah penulis itu seorang guru yang jujur atau bekas guru yang sudah bersara dan memasuki bidang lain. Kalau penulis berkenaan SEORANG GURU, beliau perlu jujur dengan profesyen keguruan dan perguruan, saya pasti dia tidak akan tergamak untuk mencabar bidang tugas guru dan etika perguruan itu sendiri.
Secara ikhlas, adakah pendapat dia tu, berdasarkan bukti yang empirikal? Dia menyatakan bahawa ramai guru terlibat dalam itu dan ini tetapi semua tuduhan tidak dinyatakan dari sumber yang manakah diambil dan statistiknya. Pada pendapat saya, orang yang menulis tu hanya menyalahkan orang lain tetapi dia sendiri tak sedar kesalahannya.

Nasihat saya: Kalau nak masuk bakul angkat sendiri, biarlah kena pada tempatnya. Kalau kita berada di bawah payung yang sama, janganlah kita mendedahkan keburukan profesyen kita kepada orang lain. Cuba kita tengok profesyen yang lain. Adakah kita pernah mendengar mereka memalukan ahli atau kawan-kawan yang sama profesyen dengan mereka?
Contoh:
profesyen jururawat atau pegawai kesihatan tidak pernah menjatuhkan kewibawaan profesyen mereka sendiri. Begitu juga dengan profesyen kedoktoran, peguam, jurutera, dan sebagainya.
Kita sebagai pegawai yang profesional, jangan menjatuhkan profesyen kita dalam akhbar atau media massa yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan